Selamat datang ke blog MR.JOE92.blogspot.com

Sabtu, 28 Jun 2014

Permulaan RAMADHAN yang perit untuk warga PANGKALAN, KUNAK.

kebakaran besar yang berlaku di Pangkalan Kunak, melibatkan beberapa deretan kedai dan rumah hangus... punca kebakaran admin belum tau juga tapi kebakaran ni memang teruk. hari pertama Ramadhan yang meninggalkan kesan yang teruk kepada warga kampung pangkalan...jumlah korban dan kerugian admin pun belum dapat tau lagi tapi dengan gambar dan video dibawah kamu mungkin boleh nilaikan sendiri berapa kerugian yang dialami...













































(maaf kualiti gambar amat-amat kurang memuaskan, admin hanya menggunakan telefon untuk menggambar)

KLIK SINI UNTUK VIDEO RAKAMAN KEBAKARAN NI

Rabu, 25 Jun 2014

6 Suspek Pengganas Sulu ditahan sekitar Kunak


KUALA LUMPUR: Enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam operasi khas sekitar Kunak, Sabah hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 


Khalid berkata, tangkapan terbaru ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu. 
“Suspek yang ditahan adalah Abu Bakar Jayari @ Alex, Ilyasa Abu Bakar @ Maharaja Omar, Zainuddin Mislani, Kassim Ibrahim, Industan @ Md Bustan Limatang @ Hindustan dan Siti Nukah Abdul Lama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, turut dirampas semasa tangkapan adalah kad keahlian dan sijil pelantikan panglima Kesultanan Sulu, dokumen berkaitan Kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam. 

“Semua mereka ditangkap di bawah Seksyen 124(c) Kanun keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,” katanya. 

sumber - BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mr.Joe92.blogspot.com © All Rights Reserved
Powered by Mohd Johari find me on Facebook