Selamat datang ke blog MR.JOE92.blogspot.com

Khamis, 22 Mei 2014

Pasar Rabu Kunak.. Kunak, Sabah

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. okey, seperti yang dijanjikan posting berkenaan Pasar Rabu Kunak.


Okey mula-mula admin mau cerita keistimewaan Pekan Kunak ni selain Pasar Minggu dan lain-lain.
salah satunya ialah Pasar Rabu, siapa orang kunak tu atau yang pernah pigi pasar rabu di kunak ni memang tahu lah. Pasar rabu ni admin pun lupa la sejarah permulaannya, tapi kalau tidak silap admin masa admin di bangku tingkatan. dalam tingkatan 2 kalau tidak silap tahun 2006, admin dulu sekolah menengah di SMK Kunak Jaya. Bah balik kepada tajuk utama, pasar rabu ni sebenarnya diadakan setiap hari Rabu bermula pada pukul 2 petang sehingga 8-9 malam(bergantung kepada penjual). setiap pejual diberikan petak sebesar "parking kereta" untuk menjual. Penjual di pasar rabu dulu tidaklah begitu ramai sebab pasar rabu dulu hanya mengutamakan jual kuih-kuih, sayur sayuran dan makanan mentah yang belum dimasak(makanan yang kita masak sendiri dirumah maksudnya. )
Tapak pasar rabu ni pula asalnya di laluan utama Kunak Square Plaza iaitu jalan depan Milimewa kunak tetapi disebabkan kepayahan untuk mencari tempat letak kereta, pihak Majlis Daerah Kunak telah memindahkan tapak pasar rabu bersebelahan Pasar Am Kunak. Di tapak baru ini pula macam-macam jenis jualan dari makanan hingga minuman, dari buah-buahan hingga sayur-sayuran, dari pakaian sehingga aksesori diri tapi berlainan sedikit dengan Pasar Minggu, di pasar Rabu ini tiada Bundle. Kalau cakap pasal makanan memang banyak, rambang mata mau pilih manakala buah-buahan semuannya segar-segar... bah malas juga admin mau cerita panjang lebar, nikmatilah gamabr situasi di Pasar Rabu Kunak ni... ada masa datanglah sini..ingat hari rabu sahaja...hehe
Gula-gula kapas pun adoo...hahaha.(ubat sakit gigi ni hahaha)
Kek kegemaran admin kalau di pasar rabu ni... Kalau jumpa gerainya ni cubalah beli, sodappppp.
Ni dia gerai kek tu..tidak seberapa nampak sebab ramai orang membeli makanan masa tu.
buah segarr.. Pehh.haha

Maaf kualiti gambar amat tidak memuaskan...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mr.Joe92.blogspot.com © All Rights Reserved
Powered by Mohd Johari find me on Facebook