Selamat datang ke blog MR.JOE92.blogspot.com

Selasa, 29 Mei 2012

'ROADSHOW' Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2012

assalamualaikum... ini adalah topik pertama yang admin ingin kongsi. Pada 29-Mei-2012 ini, suatu karnival atau dikenali sebagai 'ROADSHOW' YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT 2012 bagi Peringkat zon Pantai Timur Selatan diadakan di Sabah iaitu di Daerah pekan Kunak di kampung Lormalong. karnival ini diadakan sehari sahaja tetapi rakyat berasa gembira walaupun sehari kerana YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ketua menteri Sabah turun padang bersama rakyat bagi meriahkan majlis dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Selain itu banyak gerai-gerai promosi yang turut serta memberi penerangan kepada rakyat...antaranya unit Hospital, gerai Universiti dan Kolej, gerai Kraftangan ...dan banyak lagi... disamping itu krew RTM dan Tawau FM juga turut hadir bagi mengikuti karnival tersebut.

ini adalah antara gambar semasa karnival pagi tadi:-

 inilah banner yang banyak digantung di tepi-tepi jalan sepanjang kampung LORMALONG

 pernah anda melihat  pokok pisang berbuah seribu jenis....hehehehe.. tiadalah, ni cuma gimik untuk menarik  
pelanggan untuk datang ke gerai mereka.

 ni antara hasil kraftangan warga pekan Kunak

 awek ni sedang mencanting batik...


 ni lah lilin yang digunakan untuk mencanting batik...

 admin bergambar dengan kakitangan Kolej Yayasan Sabah (KYS)
sambil memegang contoh alat untuk membuat batik tekap

 ni adik sepupu admin bergambar dengan rumah kayu...saja2 upload

 ni hasil kraftangan juga ni......cantik-cantik semua beg yang dorang buat

 parang 1 MALAYSIA pun ada

 ni masa ketibaan YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN 
ketua menteri SABAH.

 corak batik dilukis terlebih dahulu menggunakan pensil kemudian baru dicanting menggunakan lilin


 ni selepas perasmian karnival, YAB melawat setiap gerai yang ada


 admin juga tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan ketua menteri Sabah ni.... bukan senang mau dapat jumpa berdepan...hehehe.. lepas ni admin balik bungkus tangan terus supaya tidak hilang bekas salaman tu...hehehehe(macam wayang p.ramlee la pulak...hehehe)

 YAB ditemuramah oleh krew RTM dan krew Tawau FM... konti di lokasi

antara yang turut hadir.. YB2 dan Datuk2.....hehehe

Isnin, 28 Mei 2012

 ni la logo untuk blog admin

Ahad, 27 Mei 2012

Pengenalan

assalamualaikum.....dan salam sejahtera... ini adalah permulaan BLOG saya.... saya harap ada rakan-rakan blogger dapat membantu saya untuk membuat blog saya ini lebih menarik... terima kasih.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mr.Joe92.blogspot.com © All Rights Reserved
Powered by Mohd Johari find me on Facebook