Selamat datang ke blog MR.JOE92.blogspot.com

Khamis, 22 Mei 2014

Pasar Rabu Kunak.. Kunak, Sabah

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. okey, seperti yang dijanjikan posting berkenaan Pasar Rabu Kunak.


Okey mula-mula admin mau cerita keistimewaan Pekan Kunak ni selain Pasar Minggu dan lain-lain.
salah satunya ialah Pasar Rabu, siapa orang kunak tu atau yang pernah pigi pasar rabu di kunak ni memang tahu lah. Pasar rabu ni admin pun lupa la sejarah permulaannya, tapi kalau tidak silap admin masa admin di bangku tingkatan. dalam tingkatan 2 kalau tidak silap tahun 2006, admin dulu sekolah menengah di SMK Kunak Jaya. Bah balik kepada tajuk utama, pasar rabu ni sebenarnya diadakan setiap hari Rabu bermula pada pukul 2 petang sehingga 8-9 malam(bergantung kepada penjual). setiap pejual diberikan petak sebesar "parking kereta" untuk menjual. Penjual di pasar rabu dulu tidaklah begitu ramai sebab pasar rabu dulu hanya mengutamakan jual kuih-kuih, sayur sayuran dan makanan mentah yang belum dimasak(makanan yang kita masak sendiri dirumah maksudnya. )
Tapak pasar rabu ni pula asalnya di laluan utama Kunak Square Plaza iaitu jalan depan Milimewa kunak tetapi disebabkan kepayahan untuk mencari tempat letak kereta, pihak Majlis Daerah Kunak telah memindahkan tapak pasar rabu bersebelahan Pasar Am Kunak. Di tapak baru ini pula macam-macam jenis jualan dari makanan hingga minuman, dari buah-buahan hingga sayur-sayuran, dari pakaian sehingga aksesori diri tapi berlainan sedikit dengan Pasar Minggu, di pasar Rabu ini tiada Bundle. Kalau cakap pasal makanan memang banyak, rambang mata mau pilih manakala buah-buahan semuannya segar-segar... bah malas juga admin mau cerita panjang lebar, nikmatilah gamabr situasi di Pasar Rabu Kunak ni... ada masa datanglah sini..ingat hari rabu sahaja...hehe
Gula-gula kapas pun adoo...hahaha.(ubat sakit gigi ni hahaha)
Kek kegemaran admin kalau di pasar rabu ni... Kalau jumpa gerainya ni cubalah beli, sodappppp.
Ni dia gerai kek tu..tidak seberapa nampak sebab ramai orang membeli makanan masa tu.
buah segarr.. Pehh.haha

Maaf kualiti gambar amat tidak memuaskan...hehe

Isnin, 19 Mei 2014

Program Penempatan Pekerjaan (3P)

Assalamualaikum..hai hari ni admin mau kongsi sikit situasi masa admin pergi cuba nasib cari kerja dengan Jobs Malaysia ni...admin pun tidak tau apa yang admin boleh dapat dengan kelulusan admin ni..(kelulusan SPM saja pun.. T_T huhu) harap-harap dapatlah..hehe

Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Tenaga Kerja Daerah Tawau 

Dirasmikan oleh: 

Y.B Datuk Hjh. Hamisa binti Samat
Pmebanti Menteri Pembangunan Sumber Dan Teknologi Maklumat Sabah.

Tarikh : 20 Mei 2014 (selasa)
Tempat : Dewan Masyarakat Tawau
macam dalam kelas pulak kan..hehehe
melengkapi majlis persmian dengan paluan gong 
antara syarikat yang menawarkan pekerjaan,  Sabah Sowftwoods Berhad
wakil Syarikat Benta Wawasan sedang menemuduga para pemohon pekerjaan di syarikat tersebut
Tsh Biomass 
Tsh Sabahan
Datuk Hamisa binti Samat menandatangani buku log lawatan
tidak payah letak caption pun boleh nampak kan.hehe
Kru RTM yang bersedia untuk menemuramah Datuk Hamisa Samat


(maaf, kualiti gambar amat tidak memuaskan admin cuma tangkap guna kamera telefon saja..posting kali ni pun admin karang dalam telefon..)

sekian...

Pasar Minggu Kunak

Assalamualaikum...posting kali ni berkaitan tentang pasar minggu kunak. Sebelum tu bagi yang tidak faham maksud perkataan pasar minggu mari sini saya jelaskan.. Pasar Minggu ni perkataan pasar dia Negeri Sabah ni dalam erti kata lain pasar minggu ni adalah Pasar Tamu hujung minggu(Ahad). ok.. Kunak pula adalah salah satu daerah kecil yang terdapat di negeri Sabah ini ia terletak di kordinat  4°41′0″N 118°15′0″E yang bernama DAERAH KUNAK, daerah ini terletak di pantai timur Sabah seperti yang saya lampirkan dibawah nanti.. Bah kembali ke tajuk Utama..hehe. Pasar Minggu Kunak ni sebenarnya tiada juga la yang spesialnya, sama juga dengan pasar minggu yang lain cumaaa pasar minggu Kunak ni terkenal dengan Bundle murah-murahnya.. kalau kamu pandai tawar menawar konfem boleh dapat murah..Pasar Minggu Kunak ni terletak di Jalan Kg. Jaya Baru yang bermula seawal pukul 2 pagi sehinggalah pukul 1-2 petang.. pasar ni tiada waktu petang, macam-macam jualan yang ada dijual disini..dari kuih-kuih ke makanan berat, dari makanan yang belum dimasak sehingga yang sudah dimasak, dari kain baju sehingga ke tudung, dari barang kelengkapan diri sehingga aksesori dapur dan alat pertukangan, dari barang motor ke barang kereta.. Pokoknya orang bilang serba ada di pasar ni, tinggal kita pilih saja gerai yang mana satu kita mahu belanja..jadi saya syorkan kamu kalau mahu rasakan sendiri pengalaman Pasar Minggu di Kunak ni jangan la segan2 datang ke Kunak ni.. jika tidak tahu hubungi saja saya, saya boleh bantu..hehe.

ok...posting kali ini berakhir disini, ada masa saya cerita pasal Pasar Rabu pulak..Assalamualaikum.

*maaf gambar tidak banyak... Update akan datang nanti aku tambah lagi..

daerah Kunak jika dilihat dalam peta
gambar ikhsan Google

warga pekan kunak yang sibuk membeli belah dan tawar menawar
ikan segar yang dijual dengan harga berpatutan
buah-buahan segar 

Basikal Autoshow - Air Asia Bike (KUNAK MAN)





Air Asia Bike.. hasil kreativiti yang tidak seberapa, kampung - kampung la katakan.. hasilkan basikal ni hanya untuk suka-suka..

enjoy it..!!!

ORANG KUNAK here.hehe

NOW EVERYONE CAN RIDE....hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mr.Joe92.blogspot.com © All Rights Reserved
Powered by Mohd Johari find me on Facebook